Wednesday 4 January 2012

13 Langkah hilangkan Mengantuk dan Tekanan


LANGKAH 1
Ini adalah ala taichi sikit la… sebagai permulaan untuk memanaskan badan..
LANGKAH 2
Tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher anda..
LANGKAH 3
wa..wa..aaa
LANGKAH 4
Gerak kekanan kemudian ke kiri..
LANGKAH 5
Gerak ke kiri kemudian ke kanan. Ikut sahajalah… jangan terpusing kepala sudah la..
LANGKAH 6
Tepuk kuat kuat kat dahi.. Ini untuk menghilangkan mengantuk..
LANGKAH 7
Selepas itu buat gerakan tangan dan badan… buat macam gembira je..
LANGKAH 8
Kemudian goyang-goyangkan kaki dan badan sedikit… Lakukan seperti kita tiada masalah…
LANGKAH 9
Lakukan secara agresif pula… Jangan peduli apa orang lain kata..
LANGKAH 10
Hilangkan semua tekanan…
LANGKAH 11
pusingkan kepala…
LANGKAH 12
tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…
LANGKAH 13
Akhir sekali lakukan joget kucing…
————–
Sekian….SELAMAT MENCUBA>>>

KASIHNYA IBU

 
 
 
 

Tajuk ibu sering menjadi pilihan utama kerana sehingga kini walaupun arwah ibu sudah 16 tahun kembali ke rahmatullah tetapi kehilangannya tetap terasa sehingga kini. Syukur alhamdulillah walaupun arwah sudah tiada lagi tetapi kenangan bersamanya tetap segar dalam ingatan.

Seorang ibu walaupun tiada pendidikan yang tinggi tetapi dapat membesarkan semua anak-anaknya menjadi manusia yang berguna. Tetapi selalunya anak-anak yang yang lupa jasa-jasa ibu. Anak-anak lebih suka mendengar cakap kawan-kawan dari cakap ibu sendiri. Lebih menjaga hati kawan-kawan dari menjaga hati ibu sendiri.

Setiap kali ibu menegur anak-anak kerana malas menolongnya di dapur terutama anak perempuan yang suka menyendiri dalam bilek kerana melayan sms teman lelaki dan anak lelaki pula terperuk dalam bilek dengan komputer melayan kawan-kawan di FB kadang-kadang sampai terlepas waktu solat. Mulalah ibunya akan membebel. Anak-anak terasa rumah sendiri macam penjara dunia. Itu pasal banyak yang melepak sampai jauh malam baru balik rumah.

Sebenarnya setiap teguran ibu itu bermakna beliau sayangkan anak-anaknya. Bila ibu sudah tiada lagi di dunia ini barulah tahu betapa sunyinya rumah itu. Kehilangannya tidak boleh dicari ganti. Jika masih ada ibu, ambil kesempatan pada saat ini memohon kemaafan diatas kesilapan yang lalu. 

Jika pernah membuat hatinya terluka dengan kata-kata yang menyakiti hatinya. Cepat-cepat telefon ibu sekarang memohon kemaafannya. Jangan jadi anak yang durhaka kerana anak yang durhaka tidak akan bau syurga walaupun siang malam beribadat dan bersedekah berjuta-juta ringgit sana sini. Allah tidak pandang semua itu kepada anak-anak yang durhaka. Astaghfirullah! Ampunilah dosaku wahai ibu! 

Rasulullah saw apabila ditanya oleh seorang sahabat mengenai siapa lagi yang harus dipatuhi selepas Allah dan Rasul menyebutkan, Ibumu! Ibumu! dan Ibumu!

Tiga kali ulangan terhadap ibu membayangkan ibu adalah watak penting dalam kehidupan manusia dan keluarga. Tentu ada kekuatan pada ibu yang menyebabkan Rasulullah SAW berkata demikian.

Rasulullah dalam hadisnya menyebutkan juga bahawa, ‘syurga adalah di bawah tapak kaki ibu.’ Ia terkandung maksud yang amat besar kepada anak bagi kesejahteraan di dunia dan akhirat.

Pada diri ibu ada unsur penting dalam proses didik, asuhan, kasih sayang, kesabaran dan memiliki kasih sejati terhadap anak. Mana tidaknya, ibulah yang mengandung anak dengan susah payah selama lebih sembilan bulan. Ibulah yang melahirkan anak dalam kesakitan dan kepedihan. Ibu jugalah yang bangun pada tengah malam menyusukan anak dan menyalin lampin anaknya.

Ibu sebagai pelengkap kepada watak bapa menjadi faktor penting dalam proses pembangunan zuriat, anak dan generasi. Kualiti keibuan sifatnya unik kerana kelembutan dan kasih sayang ibu mendekati anak memiliki upaya didik menyuburkan watak dan peribadi.

Ibu yang berilmu dan berketrampilan dalam memahami proses pertumbuhan dan pembesaran anak baik dari sudut minda, psikologi, emosi dan tabiat, memiliki cara dan kaedah berkesan bagaimana anak harus diremaja dan didewasakan.

Apakah ibu pada masa kini dalam ruang peranan baru hadir di pejabat, kesibukan melakukan kerja pengurusan dan profesional sepanjang hari, mempunyai masa berkualiti dengan anak.

Memadaikah dengan peranan ’bibik’ atau pembantu untuk memindahkan jiwa keibuan dan budaya keluarga kepada anak. Apabila masa berkualiti ditumpukan di pejabat atau di luar rumah, adakah masa yang berbaki untuk anak.

Keluarga yang melihat hari depan yang baik ialah keluarga yang berasakan anak adalah aset. Anak adalah harta bernilai dan tidak boleh ditukar ganti dengan wang. Apabila kita meninggal nanti, anak yang soleh menjadi faktor penting menghubungkan yang pergi dan masih tinggal.

Anak yang diberi makan-pakai yang cukup tidak bermakna sudah sempurna tanggungjawab dilakukan oleh ibu. Makan-pakai adalah perkara asas bagi meneruskan kehidupan, tetapi kasih sayang dan kemanjaan penting untuk membentuk watak dan perangai.

Anak yang tidak mendapat kasih sayang serta kemanjaan daripada ibu akan mencari sumber lain untuk meluahkan perasaan sunyi dan bosan bagi mendapatkan perhatian. Naluri ingin tahu yang tinggi dan sikap aktif anak akan tertumpah kepada rakan sebaya dan juga kepada sumber yang tidak fitrah. Akhirnya, anak tidak belajar daripada ibunya, tetapi belajar daripada orang atau sumber lain.

Bayangkan jika ibu asyik mengejar harta, mengumpul kekayaan saja dan mengabaikan tanggungjawab untuk mendidik serta mengasuh anak. Memadaikah ratusan ribu ringgit yang terkumpul untuk menebus ‘kehilangan’ diri anak yang terjebak dengan salah guna dadah, berada di pusat serenti, terbabit kegiatan ‘mat rempit’ atau terimbau dengan penyakit Aids/HIV.

Harga memberikan kasih sayang, belaian, pemerhatian dan bimbingan terhadap anak amat tinggi nilainya. Lebih-lebih lagi dalam tempoh kritikal sejak lahir hingga ke akil baligh, anak memerlukan tapak tabiat, perangai dan peribadi yang teguh dan kukuh supaya memiliki kekebalan bagi menghadapi cabaran negatif dalam perjalanan hidupnya.

Asas inilah disebutkan Rasulullah SAW bahawa anak lahir dalam keadaan fitrah. Kedua ibu bapalah yang bakal menentukan arah tuju kehidupan anak.

Anak hari ini secara fizikalnya amat aktif. Secara mindanya anak mempunyai naluri ingin bertanya yang tinggi. Anak memerlukan pujian dan apresiasi bila melakukan sesuatu yang membawa kepada kemajuan dan kejayaan.

Anak juga memerlukan contoh supaya hidupnya terbimbing. Apakah ibu memiliki kualiti ini dan sesuai pula dengan zaman. Pada hari ini anak terdedah dengan benda dan perkara mencabar dari dunia cetak dan elektronik.

Rasa selesa dilalui kebanyakan keluarga menyebabkan anak muda mempunyai kecenderungan berfoya-foya. Rasa kesempitan ditanggung sesetengah keluarga menyebabkan anak terbiar dan terjebak dalam amalan salah guna dadah dan pergaulan bebas membawa kepada kerosakan akhlak.

Minat anak muda dengan agenda hiburan dan suasana yang memberi ruang kepada pergaulan lepas bebas memang kuat. Contoh artis dan penyanyi di media elektronik dan cetak tidak mewakili watak yang santun, gerak geri tertib dan indah.

Sebaliknya ‘idola’ yang menjadi pujaan ialah memiliki rambut tegak tidak terurus, pakaian mendedah menampakkan susuk dan pusat, pekikan suara yang sudah kehilangan harmoni dan kebingitan bunyi muzik memekakkan telinga.

Keadaan seperti itu tidak membantu untuk melahirkan anak yang santun, tertib serta memiliki disiplin dan akhlak tinggi. Ia tidak menyumbang kepada pembinaan sahsiah contoh.

Pemikiran anak seperti ini tidak akan berkembang. Mentaliti perbualan hanya kepada hal remeh sekitar gosip, kahwin cerai artis dan selebriti SMS. Anak dimatikan hatinya daripada memperlihatkan rasa malu, hormat, patuh kepada ibu bapa dan orang tua. Anak dirangsang minda dan nafsunya untuk menyunsung slogan ‘hidup muda remaja hanya sekali’.

Dewasa ini, kita menghadapi krisis generasi. Ramai remaja yang sedang kehilangan arah dalam kehidupan dan mengalami kecelaruan membuat keputusan. Ada ramai di kalangan generasi muda tidak lagi merujuk kepada ibu untuk mendapatkan nasihat dan beralih kepada rakan sebaya untuk mendapat pedoman.

Ramai di kalangan remaja yang tidak lagi mendengar cakap dan pedoman ibu dan tidak menjadikan ibu sebagai pemberi nasihat, penunjuk jalan atau pun tempat berkongsi masalah.

Justeru, ibu perlu kembali kepada peranan asal sebagai pendidik awal kepada anak. Meniupkan obor kasih dan cinta sayang yang tak kunjung padam. Menjadi tempat rujukan anak di saat perlu.

Sumber teladan terbaik membangun diri. Tempat meluahkan perasaan dan mencari suluh pedoman bila jiwa anak tertekan. Mampu membahagikan masa berkualiti untuk anak.

Wassalam

Ciri-ciri suami yang perlu dipilih.



1. Yang berkemampuan sebagaimana hadis Nabi Riwayat Ahmad Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah yang bermaksud:
"Wahai pemuda-pemuda; barang siapa diantara kamu bernikah, maka hendaklah ia bernikah, yang demikian itu amat menundukkan pandangan dan amat memelihara kehormatan, tetapi barang siapa yang tidak mampu, maka hendaklah berpuasa kerana puasa itu menahan nafsu."
Mampu yang dimaksudkan, berupaya menyediakan tempat tinggal, saraan hidup yang biasa mengikut suasana sekarang, serta pakaian untuk menutup aurat. Perkara-perkara ini wajib dilaksanakan suami dan kegagalan menyempurnakannya boleh mendatangkan kesan buruk dan mudah berlaku perceraian.

2. Boleh dijadikan sebagai ganti ayah bonda. Sanggup melindungi wanita daripada segala bahaya dan kecelakaan yang menimpa kerana apabila seorang wanita rela dinikahi, bererti ia rela melepaskan dirinya daripada ayah bonda yang selama ini menjadi tempat pergantungan hidup. Kini berpindah kepada lelaki yang bakal menjadi suaminya.

3. Pandai menjaga darjat diri; apabila bercakap dikota dan diamalkan. Selain daripada itu suami yang baik akan sentiasa mengajak isteri ke arah kebaikan, menjauhkan yang mungkar dan mendahului perbuatan itu. Begitu juga isteri yang baik seringkali la mengajak suami kearah kebaikan dan sering mengingatkan kerana ada ketika suami2 ini terlalai.

4. Berkebolehan didalam urusan rumahtangga. Kebolehan memasak, menjahit juga membasuh akan membantu krana lelaki yang biasa membuat kerja begini, tidak akan membebankan isterinya membuat kerja rumah sekiranya isteri tiada kemampuan. Ramai yang berkata kerja ini sepatutnya diatas bahu isteri dan tidak patut sama sekali dibuat oleh suami sekiranya isteri2 ini senantiasa mengingatkan diri bahawa segala kerja2 dibuat utk mendapatkan keredhaan Allah SWT maka buatlah seikhlasnya dan jangan sekali2 mengungkit setiap apa yang telah dilakukan olehnya.

5. Mempunyai penuh kepercayaan kepada perempuan dan tidak mudah bersangka buruk. Biasanya apabila suami bertugas mencari nafkah maka isteri akan menjaga segala amanah harta dan anak di rumah. Sekiranya suami tidak mempunyai kepercayaan kepada isteri, ini bererti suami akan sentiasa menyangka buruk. Begitu juga isteri. Jangan menaruh sebarang syak wasangka yang buruk terhadap suami. kerana syaitan itu amat mengemari dan senantiasa menghampirkan diri kepada mereka yang berada didalam keadaan syak wasangka untuk menjayakan niat jahatnya.

6. Rajin, berpemikiran luas dan tidak memakan harta perempuan. Lelaki begini adalah ciri-ciri lelaki yang tidak pemalas, inginkan kemajuan serta tidak mengharapkan titik peluh isteri. Allah sangat tidak menyukai manusia yang hanya bertawakal dan menyerah diri tanpa usaha sedangkan kejayaan dicapai melalui usaha.

7. Mudah memaafkan. Sifat ini adalah sebahagian daripada sifat terpuji Rasulullah ketika menegakkan agama Islam. Oleh itu suami bertanggungjawab sepenuhnya kepada isteri dan anak.

8. Datang daripada keturunan orang yang baik-baik lagi rajin beribadah. Seelok-eloknya, mempunyai akhlak dan budi bahasa mulia, berpegangan agama lagi rajin beribadah dan tidak berpenyakit keturunan seperti gila atau penyakit merbahaya yang boleh membawa kepada kesengsaraan hidup. Oleh itu buatlah pilihan dengan tepat dan seadil-adilnya kerana ianya akan menjamin masa hadapan yang bahagia.